PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI
Definisi Personaliti:
Menurut Perspektif Islam:
- merujuk kpd perkataan arab iaitu sahsiah atau akhlak
- membawa maksud budi pekerti, tingkah laku, perangai dan adat kebiasaan
- terbahagi kpd 2 iaitu akhlak baik dan akhlak buruk
Lain2 makna:
- sifat-sifat yg ada pada seseorang seperti cara dia berfikir, berpersepsi, beremosi dan lain2 yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.
- kamus dewan : keperibadian dan perwatakan
- keperibadian, tingkahlaku, perangai atau perwatakan seseorang yang terhasil daripada faktor dalaman dan luaran individu (jasmani dan rohani) yang secara umumnya memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi, kognitif seseorang individu sehingga dpt menampilkan ciri2 keperibadian tersendiri yg boleh membezakan drpd orang lain.
Jenis2 Personaliti:
1. al-mukminun
2. al-kafirun
3. orang munafik
Gagasan Personaliti Al-Ghazali
Terbahagi kepada 4 bahagian :
1. al-qalb (hati)
2. al-ruh (roh)
3. al-nafs (nafsu)
4. al-aql (akal)
1. al-qalb mempunyai 2 pengertian iaitu:
- segumpal daging yg berbentuk bulat panjang dan terletak di sebelah dada manusia atau dikenali juga dengan hati jasmani.
- bersifat ketuhanan (rabbaniyah) dan ruhaniyyah atau dikenali juga dengan hati rohani. hati ini berupaya mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab terhadap segala perintah dan larangan Allah SWT.
2. al-ruh mempunyai 2 pengertian :
- suatu jisim halus yang bersumberkan dari rongga hati jasmani. Roh disebarkan ke seluruh tubuh badan dengan perantaraan urat-urat dan otot
- suatu sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu
3. al-nafs mempunyai 2 pengertian :
- jiwa yang merangkumi kekuatan marah dan syahwat dalam diri manusia. merupakan punca sifat tercela bagi manusia.
- hakikat manusia itu sendiri atau zatnya. terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:
nafs al-mutmainnah:
- jiwa yang tenang
- jiwa yang baik
- jiwa yang bersifat ketenangan, kemuliaan dan ketinggian kemuliaan
nafs al-lawwamah:
- jiwa penyesalan
- jiwa yang mencela manusia yang lalai dari mengingati Allah
- jiwa yang tidak mencapai ketenangan sepenuhnya
- jiwa yang tidak tetap (kjp baik, kjp jahat) -tengah2
nafs al-ammarah:
- jiwa yang jahat
- menuntut individu buat jahat dengan hasutan syaitan
- satu bentuk dorongan yang mengarah kpd tindakan dan tingkah laku melanggar etika2 yg mulia
- berpengaruh ke atas tingkahlaku bertujuan memuaskan nafsu syahwat
4. al-aql terbahagi kepada 2 pengertian:
- merupakan daya berfikir yang berkaitan dengan kebolehan mengetahui sesuatu perkara. satu tenaga yang menilai tentang sesuatu perkara yang baik dan buruk
- merupakan sesuatu yang bersifat dalaman, halus dan indah. berperanan dalam pembentukan persoanaliti manusia. merupakan intipati atau hakikat kpd jiwa.
Pembentukan Personaliti Yang Baik Menurut al-Ghazali
Tazkiyyah Al-Nafs iaitu melatih jiwa menuju ke arah kebaikan melalui :
1. Mujahadah al-nafs (al-takhalli)
2. Riyadah al-nafs (al-tahlli)
1. Mujahadah al-nafs:
- berusaha melawan nafsu atau menghapuskannya
- menghapuskan sifat-sifat mazmumah
2. Riyadah al-nafs :
- melatih jiwa menuju ke arah kebaikan secara beransur2
- pengaplikasian sifat2 mahmudah dalam diri
Rujukan dari kitab : Personaliti Dari Perspektif al-Ghazali karangan Dr. Fariza Md Sham,
Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi
No comments:
Post a Comment