
mobicow
HIDUP HANYA SEMENTARA - CERIAKANLAH PASANGAN ANDA
#1 Penuhi keperluan isteri
Penuhi setiap keperluan isteri mengikut kemampuan diri sang suami. Keperluan isteri adalah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Gunakan kewangan sang suami bagi memenuhi keperluan si isteri. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Jadi sang suami, kerjalah lebih kuat bagi memenuhi lebih banyak lagi keperluan si isteri yang akhirnya akan mengembirakan hati sang isteri tersebut.
#2 Lindungi si isteri
Menjadi pelindung kepada si isteri daripada apa sahaja perkara yang boleh menyakiti si isteri. Boleh jadi, bahaya itu datang dari sang suami itu sendiri (penderaan mental atau fizikal), ataupun bahaya dari luar. Si isteri perlu rasa selamat apabila suami berada di sisi
#3 Bersabar dengan si isteri
Sabar dan menerima setiap kelemahan si isteri. Apabila ada sesuatu yang tidak seronok dipandang, tegur si isteri dengan cara paling bijaksana. Andai perkara itu sentiasa berulang, lihatlah kebaikan sang isteri yang mungkin lebih banyak jika dibandingkan dengan kelemahan isteri yang sedikit itu. Usah benci si isteri, dan ingat betapa si isteri adalah orang pertama percayakan diri sang suami.
#4 Bimbing si isteri
Ajar isteri anda dengan asas pendidikan agama yang secukupnya. Andai sang suami tidak mampu, pastikan si isteri ada kemudahan untuk belajar. Berilah kebenaran kepada isteri untuk keluar belajar bagi menambah ilmu agamanya. Pendidikan si isteri juga penting sebagai asas kepada pendidikan anak-anak pada masa depan.
#5 Suruh si isteri beramal soleh
Pastikan si isteri istiqamah (kekal dan konsisten) dalam mengamalkan ajaran agama. Ajak si isteri melakukan amal soleh dan bersama-sama menjaga akhlak. Ajak isteri menunaikan solat 5 waktu berjemaah dan hidupkan majlis ta'lim di dalam rumahtangga.
#6 Bersikap tegas kepada si isteri
Lindungi si isteri daripada perkara yang kurang elok seperti gosip-gosip liar, sikap malas dan sebagainya. Ajar isteri sentiasa menutup aurat dengan sempurna ketika keluar rumah dan ketika ada tetamu bukan mahram hadir dalam rumah.
#7 Sentiasa ada di sisi si isteri
Sentiasa sedia menemani si isteri apabila si isteri perlukan sang suami di sisi. Sebagai contoh, menemani isteri membeli belah dan menziarahi ibu bapanya di kampung. Sentiasa berada di sisi juga bermakna sentiasa memberi perhatian kepada si isteri.
#8 Bersikap ‘gentleman’ kepada si isteri
Bercakaplah dengan si isteri dengan cara paling elok, iaitu tutur kata yang manis dan sopan sebagaimana pertemuan si isteri dan sang suami yang pertama. Jangan jadikan isteri tempat untuk melepaskan kemarahan. Bantu ringankan beban isteri dengan melakukan bersama-sama kerja rumah seperti menyapu, membasuh pinggan, memasak dan sebagainya.
#9 Menjaga kehormatan si isteri
Elakkan sama sekali berkongsi cerita-cerita peribadi si isteri kepada rakan-rakan atau keluarga. Suami yang baik adalah yang sentiasa merahsiakan segala keburukan isteri. Ketika melihat keburukan isteri ingatlah bahawa si suami juga mempunyai keburukan. Sebagaimana suami mahukan kehormatannya dipelihara, begitulah juga sang isteri.
#10 Meminta pandangan si isteri
Sang suami jangan rasa takut atau malu meminta pandangan si isteri dalam apa-apa perkara rutin atau perkara penting. Si isteri bukan sahaja boleh membantu, malah dapat memberi pandangan-pandangan bernas kepada sang suami. Si isteri akan merasa lebih dihargai dan penting dalam hidup sang suami.
Apa Nak Jadi
Sumber daripada :
https://www.malaysiakini.com/news/406063
Lelaki intai bawah skirt wanita dipenjara 7 bulan
Padah mengintai bawah skirt seorang wanita, seorang bekas pengawal keselematan dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu ke atas Uzir Muhamad, 52, selepas dia mengaku bersalah mengintai bawah skirt seorang pereka laman web berusia 26 tahun dengan tujuan mengaibkan kehormatannya.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lobi sebuah wisma di sini, pada 8.30 pagi, 30 November lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu 16 Disember lepas.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengekori mangsa dari arah belakang sebelum dia mengintai ke bawah skirt mangsa.
Mangsa yang ketakutan terus membuat aduan kepada pihak pengurusan.
-Bernama
Kesimpulan :
Kesimpulan daripada berita ini menunjukkan bahawa betapa teruknya umat sekarang yang tidak segan silu melakukan maksiat secara terang-terangan.. Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W mengenai antara tanda-tanda kiamat yang maksudnya: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga orang bersetubuh seperti keldai di jalanan.” - Riwayat Ibnu Hibban.
Dunia masa kini dipenuhi dengan pelbagai jenis maksiat, malah maksiat dilakukan secara terbuka tanpa rasa malu atau bersalah. Sehinggakan terdapat segelintir golongan yang percaya bahawa, memakai pakaian hanyalah untuk tujuan tertentu seperti kerana ingin mengelakkan sejuk, ketika sakit atau untuk kelihatan cantik dan bergaya sahaja. Kaum wanita terutamanya yang mudah terdedah dengan gangguan seksual akibat salah laku orang yang tidak bertanggungjawab hendaklah menjaga tatasusila berpakaian. Jangan jadikan diri anda sebagai pintu untuk kaum adam mendapat dosa dengan mudah. Pakailah pakaian sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Moga kita terselamat daripada seksaan api neraka Allah. Nauzubillah..
DOA UNTUK PALESTIN

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Maksudnya :
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
KHUTBAH JUMAAT 2007 : MENSYUKURI KURNIAAN DAN NIKMAT ALLAH
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ
لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ
الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ
لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا
عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI
ALLAH,
Pada hari Jumaat yang penuh
dengan rahmat dan keberkatan kurniaan Allah ini saya ingin mengajak diri saya
dan para jamaah untuk sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah, dengan sentiasa melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan tergolong di
kalangan hamba-Nya yang akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia
yang sementara ini dan berterusan hingga ke akhirat yang kekal abadi.
Salah satu amalan mulia yang
terkandung di dalam syariat Islam apabila kita menerima sesuatu nikmat
berbentuk kebahagiaan, kemudahan dalam hidup, rezeki yang melimpah ruah dan
terlepas dari sesuatu musibah adalah dengan memperbanyakkan syukur kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7:
Yang bermaksud :“Dan ingatlah ketika Tuhanmu
memberitahu: ”Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi
nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar,
sesungguhnya Azab-Ku amatlah pedih”.
Alhamdulillah, berkuatkuasa 1
Julai ini 1.02 juta anggota perkhidmatan awam seluruh Negara akan menerima kenaikan
gaji antara 7.5% hingga 35%, termasuk anggota tentera dan pasukan polis yang
akan turut menerima kenaikan gaji antara 9% hingga 42%. Begitu juga Elaun Sara
Hidup (COLA) telah dinaikkan 100%. Kenaikan gaji yang seumpamanya sejak 15
tahun lalu adalah satu detik yang amat dinanti-nantikan selama ini oleh anggota
perkhidmatan awam. Ini bermakna kerajaan dan masyarakat telah mengiktiraf
sumbangan besar yang dimainkan oleh sektor awam bagi menjana pembangunan sosio ekonomi,
mengekalkan ketenteraman dan memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada
masyarakat. Apalagi kenaikan gaji ini bukan sahaja dirasai oleh pegawai
perkhidmatan awam yang masih bekerja tetapi turut dinikmati oleh 557,033 pesara
kerajaan yang selama ini telah berkhidmat dengan dedikasi dan penuh amanah.
Sepatutnya kita sebagai anggota perkhidmatan awam bersyukur kepada Allah yang
telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah di bumi bertuah ini. Tidak lupa
juga kita mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin negara
yang sentiasa prihatin dan menghargai sumbangan dan pengorbanan pegawai kakitangan
kerajaan selama ini. Cuba kita bandingkan suasana ini dengan apa yang berlaku
pada rakyat di sesetengah negara lain yang sentiasa hidup dirundung ketakutan
lantaran peperangan yang telah memusnahkan bukan sahaja kediaman mereka malah
negara dan kehidupan mereka, sesetengah negara pula dicengkam belenggu
kemiskinan mengakibatkan kebuluran dan kekurangan makanan manakala ada negara
lain dilanda wabak penyakit berjangkit yang membahayakan dan memusnahkan
mereka. Begitu juga ada negara lain yang sentiasa bergolak, berperang sesama
sendiri yang akhirnya mereka dijajah pula oleh kuasa asing.
SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI
SEKALIAN,
Keputusan kerajaan
mengumumkan kenaikan gaji bukanlah satu perkara mudah tetapi memerlukan satu
peruntukan besar bagi membayar gaji kakitangan awam. Adalah dianggarkan
sebanyak RM6.8 billion setahun diperuntukkan bagi membayar gaji ekoran kenaikan
tersebut. Begitu juga sebanyak RM1.2 billion diperuntukkan untuk membayar Elaun
Sara Hidup (COLA) setahun. Kemampuan kerajaan bagi membayar kenaikan gaji
tersebut adalah bukti yang jelas keamanan negara, politik yang stabil dan
perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat berbilang kaum yang merupakan resepi
terpenting kemajuan dan pembangunan negara. Kesemua ini tidak akan berlaku
melainkan dengan kerjasama dan saling memahami antara pemimpin dan rakyat,
kerajaan dan anggota perkhidmatan awam.
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI
SEKALIAN,
Ketika pegawai kerajaan
mengira-ngira berapakah habuan yang akan mereka perolehi, mimbar jumaat pada
hari ini ingin mengajak sidang jamaah sekalian khususnya anggota perkhidmatan
awam menghayati perkara-perkara berikut,
1.
Bekerja
Lebih Gigih Bagi Mencapai Matlamat Perkhidmatan Awam Terbaik dan Bertaraf Dunia
Pernyataan
syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kerajaan tidak mencukupi melainkan
setiap anggota perkhidmatan awam membalas kepercayaan dan penghargaan oleh
pemimpin dan rakyat tersebut dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti
bekerja dengan lebih cekap dan gigih untuk memperbaiki sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan. Selain itu setiap pegawai mestilah memberi nilai tambah
kepada perkhidmatan dengan mengurangkan karenah birokrasi, sikap mesra, telus,
responsif dan mementingkan kehendak pelanggan. Ekoran kenaikan gaji ini tiada
lagi alasan untuk melakukan perkara negatif yang boleh merosakkan imej perkhidmatan
dan merugikan diri sendiri seperti sikap sambil lewa dalam kerja, terlibat
dengan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, tabiat curi tulang, dan
pelbagai lagi amalan buruk. Marilah kita menyedari bahawa kesemua tabiat buruk
ini bukan sahaja merugikan diri sendiri tetapi menyebabkan kita memberikan
nafkah yang tidak bersih kepada anak isteri dan keluarga kita. Ingatlah pesanan
baginda Nabi S.A.W. di dalam hadis baginda:
كُلُّ
لِحْمٍ نَبَتَ مِنَ الْحَرَامِ فَالنَّارُ أَوْلىَ بِهِ
Yang
bermaksud: “Setiap
daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.
(hadis
riwayat at-Tirmizi)
Sesungguhnya
pekerjaan yang kita lakukan bukan sahaja mendapat gaji setiap bulan malah ia
dikategorikan sebagai ibadah yang memperoleh pahala, ganjaran dan keberkatan di
dunia dan akhirat. Sehubungan dengan itu, Dr. Yusof al-Qardhawi, dalam kitabnya
al-‘Ibadah fi al-Islam, menggariskan beberapa pra syarat kerja yang kita
laksanakan dinilai sebagai ibadah.
1. Mestilah
mempunyai niat bagi mencari keredhaan Allah dengan berkhidmat dengan
ikhlas
bagi mencari rezeki yag halal,
2. Pekerjaan
tersebut diakui oleh Islam,
3. Sepanjang
bekerja tersebut ia tidak menganiaya dan mengambil harta orang lain
samada menipu,
mencuri mahupun terlibat dengan rasuah,
4. Pekerjaan
tersebut dilakukan dengan kesungguhan dan penuh komitmen
5. Ia
tidak meninggalkan tuntutan ibadah khusus seperti meninggalkan solat ataupun
enggan mengeluarkan zakat.
2.
Mengurus
kewangan secara bijak dan berbelanja secara berhemah.
Kenaikan
gaji yang agak besar ini janganlah mudah menjadikan kita rambang mata dan lupa
daratan dengan berbelanja besar, yang menyebabkan hidup kita dibelenggu
kesusahan akibat berhutang. Janganlah kita terpedaya dengan tawaran skim cepat
kaya samada ditawarkan oleh pelabur yang menipu atau yang telahpun diputuskan
oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai haram di sisi syariat Islam.
Sebaliknya kita memanfaatkannya dengan melabur dalam saham amanah yang
diharuskan oleh syara’ dan simpanan untuk pendidikan atau lain-lain skim yang
diluluskan oleh bank Negara demi masa depan anak-anak dan keluarga yang bukan
sekadar halal tetapi dijamin pelaburannya oleh kerajaan.
Selain
itu bagi mempastikan kehidupan kita akan sentiasa diberkati Allah, janganlah
kita lupa menyimpan untuk menunaikan ibadah Fardhu haji. Kalau sebelum ini
simpanan kita hampir kering kerana keperluan lain, sekarang adalah masanya kita
memulakan kembali tabungan kita disamping menambahkan sedekah yang amat digalakkan
lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kita yang memerlukan dan golongan yang kurang
bernasib baik. Moga-moga dengan itu kehidupan kita sentiasa diberkati Allah.
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan juga mereka yang
apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tidak pula bakhil
kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara
kedua-dua cara (bakhil dan kedekut) itu’’.
(Surah al-Furqan: 67)
Dalam masa yang
sama kepada para peniaga janganlah mengambil kesempatan dengan sengaja
menaikkan harga barang-barang keperluan dan makanan dan hendaklah mematuhi
arahan pihak berkuasa. Golongan seperti ini adalah umpama duri dalam daging
yang sentiasa mencari peluang bagi menindas dan memeras keringat orang lain
serta membina kekayaan walaupun rakyat menderita. Ingatlah bahawa arahan dari
pemerintah ini wajib diikuti kerana ia tidak bertentangan dengan syara’ dan
barangsiapa yang ingkar adalah berdosa.
3. Menghindari
Amalan Rasuah
Dalam
mengejar kekayaan dan kemewahan hidup terdapat segolongan manusia yang terlalu
rakus dan tamak dengan harta benda, sehingga sanggup mencampakkan diri mereka
ke lembah kebinasaan dan kehinaan dengan melakukan jenayah rasuah yang sangat
dikutuk Allah Taala. Firman-Nya:
Yang Bermaksud: “Dan janganlah kamu makan
(mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada Hakim-hakim kerana
hendak menahan (mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui salahnya”.
(Surah
al-Baqarah : 188)
Rasuah bukan sahaja
menyebabkan pelakunya sentiasa diburu perasaan bersalah, mengambil keuntungan
secara mudah tanpa berusaha tetapi ia boleh meruntuhkan sistem dalam
masyarakat, merugikan negara malah boleh mengorbankan manusia yang tidak
berdosa. Jalanilah hidup kita dengan gaya
sederhana berdasarkan kemampuan yang ada. Janganlah kerana sikap kita sendiri
yang suka menunjuk-nunjuk, berbelanja mewah, gemar berhutang akan menjerat diri
kita dalam lembah maksiat yang dilarang Allah.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI
ALLAH,
Marilah kita pada hari ini
merealisasikan konsep kesyukuran dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan kita.
Agar kehidupan kita lebih diberkati Allah dan dikurniakan dengan nikmat yang
melimpah ruah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “
Dan
sesungguhnya kami telah memberi kepada Lukman hikmah, kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah
(akan segala nikmat-Nya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu
hanyalah terpulanglah kepada diri sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur
(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha kaya
Lagi Maha terpuji."
(surah Lukman : 12)
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ
قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ
مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ.
MUHASABAH
Setiap manusia dilahirkan di dunia ini tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W ; كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ , yang bermaksud: "setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat". Maka oleh sebab itu, sebagai hamba Allah sudah pasti kita harus bermuhasabah diri agar kita sentiasa sedar akan dosa atau kesilapan yang telah kita lakukan.
Muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan datang menjemput. Mudah-mudahan dengan bermuhasabah, kita sempat untuk beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T
Sepertimana yang kita tahu, muhasabah itu adalah muhasabah atas dosa sahaja. sedangkan muhasabah itu boleh diperluaskan lagi fahamannya dengan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu antaranya ialah muhasabah masa, muhasabah harta benda dan muhasabah amalan.
Muhasabah Masa
Masa merupakan hamba Allah yang sentiasa taat akan perintahNya. Masa tidak pernah mendahului arahan Allah S.W.T. Setiap masa yang berlalu seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat yang dapat membawa kita ke syurga Allah S.W.T. Cuba kita muhasabah masa yang telah diberi oleh Allah S.W.T. Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Tetapi mengapa masih ada yang mengeluh dengan memberi pelbagai alasan termasuklah alasan masa tidak cukup untuk menyiapkan kerja yang telah diberi dan sebagainya. Ramai yang lalai dengan dunia sehingga mereka lupa asal tujuan hidup mereka iaitu beribadah kepada Allah S.W.T. Ramai yang lupa bahawa dunia adalah tempat mereka bermusafir dan mereka akan kembali semula ke tempat asal iaitu syurga mahupun neraka yang mereka akan hidup kekal ke dalamnya berdasarkan amalan masing-masing. Makin hari umur kita makin berkurang. Jadi muhasabah lah masa kalian semua agar kita beringat bahawa setiap saat yang diberikan Allah terhadap kita akan dinilai oleh Allah di akhirat kelak.
Firman Allah S.W.T :
-وَالْعَصْرِ- إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran”
Muhasabah Harta Benda
Harta benda adalah perkara yang sangat bernilai yang dicintai oleh setiap manusia. Semua orang inginkan harta yang melimpah ruah. Jika diceritakan kepada sesiapa sahaja di dunia ini tentang harta, sudah barang tentu mereka akan menyukainya. Itulah nafsu manusia yang sentiasa cinta akan harta yang memang telah menjadi lumrah ke atas semua manusia di atas muka bumi ini sejak azali lagi. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah at-takathur ayat yang pertama dan kedua yang bermaksud : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh - Sehingga kamu masuk ke dalam kubur...".
Islam tidak melarang untuk kita mengumpul harta sebanyak manapun kerana itu adalah hak dan keinginan masing-masing. Barang siapa berusaha dengan bersungguh-sungguh, maka sudah pasti Allah akan memberikan limpah kurniaNya atas usaha yang telah dilakukan oleh mereka. Tetapi kita perlu ingat bahawa setiap pemberian Allah taala itu samada sedikit mahupun banyak, ia bukanlah milik kita semuanya. Ada insan lain yang berhak ke atas harta yang kita ada. Jadi muhasabah lah mengenai harta kita dengan memberikan infak, sedekah dan membantu orang-orang disekeliling kita yang memerlukan tambahan lagi disaat kita sedang diuji oleh Allah dengan kesusahan. Tidak yakinkah kita dengan janji Allah yang bermaksud ;
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." ( Al Baqarah : 261 )
Muhasabah Amalan
Tanggungjawab kita sebagai manusia yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T adalah tidak lain tidak bukan semata-mata untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah taala. Ia boleh diterjemahkan dengan amalan seharian yang kita lakukan dari segi solat, puasa, zakat dan ibadah-ibadah umum yang lain. Oleh itu, jadikanlah semua perkara dalam hidup kita sebagai ibadah kerana ianya sudah pasti akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. Setiap hari kita wajib untuk muhasabah amalan kita. Ini kerana ia ada kaitan dengan iman seseorang. Pernah kita dengar kenyataan bahawa iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Dengan muhasabah amalan setiap hari akan memastikan iman kita sentiasa stabil dan diharapkan ia dapat membantu kita agar sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan seharian.
Muhasabah lah amalan solat kita. Berapa banyak solat yang kita telah tinggalkan? Adakah telah diganti atau belum? jika belum, gantilah segera.. Bagaimana pula dengan solat berjemaah? Kenalkah kita akan tok imam dan bilal masjid qariah kita? Atau kita sekadar singgah di masjid-masjid atau surau hanya untuk melepaskan hajat sahaja?
Perkara-perkara ini kita hendaklah perhatikan dan ambil berat kerana ia melibatkan hubungan kita dengan Allah taala. Jika Allah suka pada kita, semua penduduk bumi dan langit akan suka pada kita. Jadi, jagalah Allah.. Allah akan pasti jaga kita. Sayangilah diri kita, keluarga kita, dan kawan-kawan kita. Ajaklah mereka untuk sama-sama muhasabah dengan amalan masing-masing sebab hanya itu yang Allah akan nilai bila kita telah meninggalkan dunia yang fana' ini.
Wallahualam.. tulisan ini sekadar perkongsian dari hamba yang masih kurang ilmunya.. Allahuma faqihna fiddiin wa 'alimna takwil. Aminn..
Subscribe to:
Posts (Atom)