Mata belum mengantuk lagi. Jam pun dh menunjukkan pukul 2 pg. Sambil2 nk lelap mata ni, terasa nk menulis kt cni.
Elok sebelum tidur kita muhasabah diri. Apa yg dah kita buat seharian pd hari ini. Solat kita, ibadah kita, apa yg kita makan, apa yg kita telah ucapkan. Semua itu perlu kita nilai semula. Cukupkah waktu kita solat hari ini atau ada solat yang tertinggal? Kalau solat penuh pun, adakah kita solat di awal waktu? Dari segi percakapan pula adakah kita ada menyakiti sesiapa? Makanan pula samada halal, syubhah ataupun haram? Pernahkah kita nilai itu semua?? Kalau xpernah, marilah sama2 kita pernahkan diri kita utk bermuhasabah setiap hari sebelum kita tidur, kerana dgn muhasabah ini hidup kita akan sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T. Saidina Ali telah berpesan agar kita hisab diri kita dahulu sebelum kita dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
Sebagai manusia kita tidak dpt lari dr melakukan kesilapan dan dosa. Jadi, nabi ajar kita supaya apabila kita melakukan dosa, kita mohon ampun dr Allah. Kerna sesungguhnya pintu keampunan dari Allah sentiasa terbuka buat hamba2nya. Mudah2 an dgn kita memohon ampun dr Allah, kita akan diangkat utk memasuki syurga yang paling nikmat diakhirat kelak.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment