Title:

mobicow

Solat adalah tiang agama. Tetapi berapa ramai orang Islam pada hari ini yang betul-betul menjaga solatnya. Sedangkan perbezaan antara Islam dan kafir adalah solat itu sendiri. Orang Islam mendirikan solat adalah kerana perintah dari Allah. Jadi, siapa tidak solat maka sudah pasti dia tergolong dalam golongan yang tidak taat pada suruhan Allah S.W.T. 

Penulis sekadar ingin berkongsi tentang rukun solat. Perkara yang agak dipandang remeh oleh orang pada masa kini. Saya yakin masih ramai yang masih belum mahir dalam mengenalpasti mana satu rukun solat dan mana yang sunat.. 

Rukun solat

1. Niat
2. Berdiri tegak/betul bagi yang mampu
3. Takbiratul ihram : sebutan Allahu akbar ketika mengangkat takbir
4. Membaca Al-fatihah
5. Rukuk beserta tomakninah
6. Iktidal beserta tomakninah
7. Sujud beserta tomakninah
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk untuk membaca tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Selawat ke atas nabi
12. Memberi salam yang pertama
13. Tertib

Semoga perkongsian yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam mengenalpasti mana yang wajib dan mana yang sunat. Rukun itu adalah perkara yang wajib. Jika meninggalkan rukun, maka solat tidak sah. Jadi, wajib bagi umat Islam mempelajari ilmu tentang solat. Wallahualam


No comments:

Post a Comment