BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH NABI
Setelah genap sebulan Umat Islam berhempas pulas menjalankan ibadah berpuasa, kini tibalah masanya meraikan kejayaan itu dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan. Seluruh Umat Islam di Dunia dan Malaysia khususnya meraikan sambutan Eidul Fitri dengan bentuk dan adat yang berbeza,. Bagi rakyat Malaysia sambutan Eidul Fitri disambut dengan acara ziarah menziarahi sanak saudara dengan memakai pakaian yang terbaik dan cantik-cantik. Seluruh ahli keluarga berhimpun dan berkumpul bersama. Sebaliknya Umat Islam di sebahagian Tanah Arab pula meraikan cuti umum hari raya dengan membawa ahli keluarga keluar makan, tidak kurang juga yang pergi berkelah dan bersiar-siar. Apa pun jenis dan cara sambutan mereka, kesemuanya pasti menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.
Di sebalik kemeriahan sambutan Eidul Fitri, Islam telah meletakkan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari kebesaran. Inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa selaras dengan natijah ibadah berpuasa itu disyariatkan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w turut sama meraikan hari lebaran ini dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Hal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya
memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa
jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu
semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan
kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah
menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya
Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kesedaran kita selaku Umat Islam memastikan tatacara kita meraikan hari lebaran ini tidak bercanggah daripada anjuran dan sunnah baginda Rasulullah S.A.W.
Amalan Bertakbir
Amalan bertakbir pada
1 syawal merupakan amalan yang disyariatkan Bermula sebaik sahaja
terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam selesai
berkhutbah di pagi Syawal. Firman Allah S.W.T:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi
petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah
: 185
Ketika seluruh kaum
keluarga berkumpul beramai-ramai pada malam hari raya, ramai yang melupakan
anjuran bertakbir. Kita lebih selesa menonton rancangan –rancangan hiburan di
kaca televisyen, tidak kurang juga yang berkesempatan berkaraoke sehingga
larut malam. Jika ditinjau di masjid-masjid sebenarnya tidak ramai yang
memanfaatkan peluang yang ada menyertai jemaah malaungkan kalimah agung yang
suci ini.
Satu perkata yang perlu ditekankan juga ialah anjuran Rasulullah agar Umat Islam bertakbir dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri walaupun kebanyakan Umat Islam memandang remeh sunnah ini. Bertakbir dengan cara sebegini antara lain sebenarnya bertujuan menyerlahkan keagungan syiar Islam di samping menjadi contoh kesepakatan umat Islam di mata masyarakat bukan Islam.

Lafaz Ucapan Hari Raya
Lafaz ucapan hari
lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi
Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam
meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz
Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair
katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
( Kitab Fath al-Bari)

Justeru, mulai daripada syawal 1431h pada tahun ini, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W.
Etika Pemakaian
Umum mengetahui, merupakan satu
sunnah kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian terbaik dan tercantik pada
hari raya. Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."
Adapun bagi kaum wanita pula walaupun sunnah hukumnya memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakai pakaian yang boleh menarik perhatian kaum lelaki seperti pakaian yang terlalu bercorak-corak, pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuh badan serta perhiasan yang berlebih-lebihan. Mereka juga dilarang sama sekali memakai wangi wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang disekelilingnya. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." ( Hadis riwayat al-Nasaai)
Realiti yang berlaku, ramai para wanita yang tidak pandai mengukur had-had dan etika pemakaian mereka ketika berhari raya sehingga ramai yang kelihatan berpakaian tetapi sebenarnya mereka bertelanjang. Dalam keadaan ini, pahala sunnah yang diharapkan bertukar menjadi dosa jika tidak dipelihara batasan-batasannya..
Kesimpulannya, Setiap usaha dan amalan yang bertujuan meneladani sunnah merupakan batu loncatan kita mengharapkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Percayalah, amalan sunnah itu dirasakan sesuatu yang asing kerana kita selaku Umat Islam sendiri yang menjadikannya asing. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini dapat disambut dengan penuh penghayatan dan kemeriahan selari dengan perintah Allah dan RasulNya.

No comments:
Post a Comment