Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِمَا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya manusia mengetahui pahala mendatangi azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak." (HR Ahmad No: 7412)
Pengajaran:
Allah memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka yang bersegera untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Antara yang akan menjadi keutamaan dan galakkan:
1. Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala menyahut seruan azan (dgn segera ke masjid) dan pahala berada pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk dapat merebut keduanya
2. Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala orang yang bersegera menuju ke masjid untuk melaksanakan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang lebih awal
3. Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala solat isyak dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak
Wallahualam.. semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah solat berjemaah di surau atau masjid. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment