Title:

mobicow

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah sama2 kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya, maka kita telah dipertemukan pada pagi yang mulia ini dalam sebuah majlis ilmu iaitu bacaan yasin, tahlil dan tazkirah ringkas. Mudah2 an dengan usaha seperti ini akan menurunkan rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam menempuh kehidupan kita sepanjang hari ini.

Tuan puan yg dirahmati Allah sekalian, dalam sedikit masa yang ada ini, saya ingin mengajak tuan2 dan diri saya untuk sama2 muhasabah diri kita semula iaitu sepanjang hidup kita di dunia ini sejauh manakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita setiap hari sibuk untuk memikirkan hal dunia. Bangun pagi apa yang kita fikir adalah untuk menyiapkan anak ke sekolah, sediakan sarapan anak2 dan suami, mne yg belum gosok baju tu nak gosok baju lagi.. sedar atau tidak, rupa2nya kita seolah2 terlupa yg kita ini dihidupkan oleh Allah atas dunia ini adalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Berapa ramai orang yg bangun awal pagi utk solat subuh? Yg bangun utk bertahajud? Berapa ramai? Hari2 yg kita fikir, yg kita xpenah lupa esok aku nak bangun awl sebab esok ade meeting, esok bos nk jumpe.. kerja banyak belum siap, nanti bos marah.. xtrlintas dlm pemikiran kita esk bangun awl sebab nak solat subuh berjamaah di masjid, nak tahajud.. nanti Allah marah. Eh, takkk... kita lagi takut murka manusia daripada murka Allah.

Tuan puan yg dirahmati Allah, satu hari di zaman nabi SAW ada seorang buta dan cacat. Dia datang jumpa nabi SAW. Dan bertanya kepada baginda "wahai rasululullah, rumah aku jauh daripada surau, aku buta dan cacat, bolehkah aku solat di rumah aku je?" Apa Nabi kata? " adakah kamu ada mendengar azan dilaungkan?" Orang buta itu berkata" ya, aku dengar". Rasulullah bersabda, jika engkau mendengar azan, maka tidak ada sebab untuk kamu solat di rumah." Subhanallah, tuan2.. apabila sahabat yang buta itu tadi mendengar sabda nabi tersebut, beliau tidak pernah solat sendirian di rumah.. nak banding dgn kita pada hari ini? Jauh tuan2.. kadang2 masjid sebelah rumah je, tapi xdtg jugak..

Sebab tu jangan kita tanya kenapa aku hidup xpenah tenteram? Hidup aku rasa serabut je.. sedangkan hakikatnya kita lupa pada pencipta. Kita lupa bahawa Allah yang memberi rezeki, Allah yang memberi mudarat dan Allah juga memberi manfaat. Dia berkuasa menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada. Dia lah yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu. Sebab itu kita hidup atas bumi Allah yang sementara ini jangan sombong. Ada kereta besar sombong. Ada rumah besar sombong, ada isteri besar sombong, pangkat besar sombong.. jangan tuan2.. sebab semua itu adalah ujian dan semua itu akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.. jadi, apa yang kita ada pada hari, hendaklah kita bersyukur dan apa yang penting adalah kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kalau kita jaga Allah, nescaya Allah lebih2 lagi akan menjaga kita.

Wallahualam.. sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ini bolehlah ditegur. Ini sekadar sedikit persiapan untuk tazkirah saya pada hari esok. Semoga ada manfaat bagi sesiapa yang membacanya. Doakan saya agar sentiasa dapat menulis dan memberi manfaat kepada orang lain.. aminnn

No comments:

Post a Comment