Title:

mobicow

Kuliah Dhuha

Ringkasan tazkirah

1. Mudharat dan manfaat datang dari Allah
2. Yakin dengan Allah dijanjikan syurga oleh Allah
3. Wajib ini dibahagikan kepada empat; iaitu wajib masa, wajib qadar, wajib mukhalaf dan wajib perkara.
4. Solat dhuha adalah amalan oleh isteri nabi iaitu ummu salamah.
5. Amalan menarik rezeki adalah bersedekah dengan apa yang kita suka. Jadi kena yakin dengan Allah sebab rezeki datang dari Allah.
6. Cara nak murah rezeki menurut kitab fadilat bersedekah adalah yang pertama yakin, yang kedua yakin, ketiga yakin, keempat yakin, kelima yakin, keenam yakin, ketujuh yakin, kelapan yakin dan yang kesembilan baru doa.
7. Nabi Ibrahim dibakar dalam api selama 40 hari 40 malam. Malaikat datang tanya nak padam ke api ni? Nabi Ibrahim jawab hasbiyallah wa nikmal wakil. Ini menunjukkan keyakinan Nabi Ibrahim kepada Allah.
8. Rezeki akan berkat dengan cara bersedekah.
9. Baca surah al-waqiah setiap malam, Allah akan hindar dari kemiskinan.
10. Menghindar dari buat maksiat merupakan sedekah.
11. Sebar salam juga adalah sedekah.
12. Kita perlu risaukan peningkatan iman dan keyakinan kita kepada Allah sepanjang hari.
13. Jangan hilangkan semangat orang yang hendak berubah ke arah kebaikan.
14. Permudahkan urusan semua orang.
15. Bina iman kita setiap hari dengan mengamalkan sunnah nabi s.a.w
16. Doakan untuk kebaikan seseorang tanpa diketahui oleh tuan badan, maka Allah akan hantar 10 malaikat mendoakan kebaikan untuk kita.

YAKINLAH ALLAH YANG MEMBERI REZEKI


REZEKI

Ramai orang menyangka apabila dia berharta dia telah senang, tetapi sedarkah mereka bahawa kekayaan itu kadangkala menyebabkan mereka lagi susah. Ramai orang yang susah menyangka bahawa kesusahan itu menyebabkan mereka hidup dalam kesempitan, sedangkan kesusahan itu kadangkala menyebabkan mereka sebenarnya lagi lapang. Rezeki merupakan anugerah Allah kepada setiap manusia. Samada orang Islam ataupun bukan Islam, mereka semua tetap akan mendapat rezeki daripada Allah. Jangan kita beranggapan bahawa rezeki itu datang dari usaha kita sendiri walaupun memang benar jika kita usaha, kita akan dapat balasan atas usaha kita tersebut. Tetapi hakikatnya, jika tiada izin dari Maha Pencipta, rezeki itu tidak akan jadi milik kita. 

Sedarlah wahai semua manusia, rezeki bukan datang berupa harta kekayaan, wang ringgit, kemewahan dan pangkat semata-mata, bahkan anak itu adalah rezeki, kegembiraan itu adalah rezeki, berjaya dalam suatu pekerjaan rezeki, dapat berjalan dengan selamat adalah rezeki, ditemukan jodoh itu rezeki. Dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh solehah juga rezeki. Malah semua perkara yang kita dapat atas dunia ini sebenarnya adalah rezeki. Jadi, kita harus sedar bahawa rezeki itu datang dalam pelbagai rupa bentuk dan cara. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apa yang kita telah dapat itu adalah rezeki buat kita. 

Ramai yang apabila ditimpa kesusahan berasa sangat sukar untuk meneruskan kehidupannya. Rasa menyesal, putus asa dan kadang-kadang sehingga membinasakan dirinya sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kesusahan itu merupakan punca rezeki untuknya jika ia sabar dan bertakwa kepada Allah. Kesusahan itu sebenarnya boleh jadi Allah hendak memberikan yang lebih baik buat diri kita. Kadang-kadang kita berdoa agar kita cepat kaya, tetapi Allah tidak memberi kekayaan bahkan Allah beri kesihatan kepada kita sehingga kita tua. Berapa ramai orang-orang berada yang banyak duitnya, banyak hartanya hidup dalam keadaan tidak gembira. Banyak penyakit, hidup dengan kesibukan sehingga tiada masa untuk keluarga. Tetapi ada juga yang kaya, hidup dalam kegembiraan, anak ramai, keluarga bahagia, rumahtangga pun harmoni. Kerana apa? Kerana Allah telah campakkan dalam dirinya rezeki yang tidak disangka-sangka. Boleh jadi, dia seorang yang soleh, sentiasa ke masjid, sentiasa bersedekah dan taat kepada kedua ibu bapa. Dan memang benar, semua perkara yang disebut ini adalah menyumbang kepada rezeki untuk hadir dalam diri kita dengan izin Allah.. yang penting, semua orang harus yakin bahawa rezeki itu adalah datang dariNya dan ia adalah milik Allah yang akan dikembalikan kepadaNya semula.

Jangan mengeluh dan berasa bimbang dengan kesusahan yang menimpa. Malah jangan pula rasa gembira dengan kesenangan yang sementara. Ingatlah, bahawa setiap yang ada atas dunia adalah Allah yang punya. Kadang-kadang kesusahan itu punca untuk kita mendapat rahmat Allah. Dan kesenangan itu juga kadang-kadang boleh menghumban kita ke neraka.. NAUZUBILLAH...





Meh sini saya kongsikan beberapa rahsia rezeki daripada ebook ni.. Mana tau dgn pembacaan anda dari ebook ni boleh menjadikan anda kaya dan berjaya tahun 2018 ni.. Hehe.. Meh dapatkan ebook ni di sini

https://plus.google.com/114916211548571579841/posts/H8tnnDsGDAN