Title:

mobicow

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِمَا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya manusia mengetahui pahala mendatangi azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak." (HR Ahmad No: 7412)

Pengajaran:

Allah memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka yang bersegera untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Antara yang akan menjadi keutamaan dan galakkan:

1.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala menyahut seruan azan (dgn segera ke masjid) dan pahala berada pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk dapat merebut keduanya

2.  Sekiranya seseorang itu  mengetahui pahala orang yang bersegera menuju ke masjid untuk melaksanakan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang lebih awal

3.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala solat isyak dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak

Wallahualam.. semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah solat berjemaah di surau atau masjid. InsyaAllah

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah sama2 kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya, maka kita telah dipertemukan pada pagi yang mulia ini dalam sebuah majlis ilmu iaitu bacaan yasin, tahlil dan tazkirah ringkas. Mudah2 an dengan usaha seperti ini akan menurunkan rahmat dan keberkatan daripada Allah dalam menempuh kehidupan kita sepanjang hari ini.

Tuan puan yg dirahmati Allah sekalian, dalam sedikit masa yang ada ini, saya ingin mengajak tuan2 dan diri saya untuk sama2 muhasabah diri kita semula iaitu sepanjang hidup kita di dunia ini sejauh manakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita setiap hari sibuk untuk memikirkan hal dunia. Bangun pagi apa yang kita fikir adalah untuk menyiapkan anak ke sekolah, sediakan sarapan anak2 dan suami, mne yg belum gosok baju tu nak gosok baju lagi.. sedar atau tidak, rupa2nya kita seolah2 terlupa yg kita ini dihidupkan oleh Allah atas dunia ini adalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Berapa ramai orang yg bangun awal pagi utk solat subuh? Yg bangun utk bertahajud? Berapa ramai? Hari2 yg kita fikir, yg kita xpenah lupa esok aku nak bangun awl sebab esok ade meeting, esok bos nk jumpe.. kerja banyak belum siap, nanti bos marah.. xtrlintas dlm pemikiran kita esk bangun awl sebab nak solat subuh berjamaah di masjid, nak tahajud.. nanti Allah marah. Eh, takkk... kita lagi takut murka manusia daripada murka Allah.

Tuan puan yg dirahmati Allah, satu hari di zaman nabi SAW ada seorang buta dan cacat. Dia datang jumpa nabi SAW. Dan bertanya kepada baginda "wahai rasululullah, rumah aku jauh daripada surau, aku buta dan cacat, bolehkah aku solat di rumah aku je?" Apa Nabi kata? " adakah kamu ada mendengar azan dilaungkan?" Orang buta itu berkata" ya, aku dengar". Rasulullah bersabda, jika engkau mendengar azan, maka tidak ada sebab untuk kamu solat di rumah." Subhanallah, tuan2.. apabila sahabat yang buta itu tadi mendengar sabda nabi tersebut, beliau tidak pernah solat sendirian di rumah.. nak banding dgn kita pada hari ini? Jauh tuan2.. kadang2 masjid sebelah rumah je, tapi xdtg jugak..

Sebab tu jangan kita tanya kenapa aku hidup xpenah tenteram? Hidup aku rasa serabut je.. sedangkan hakikatnya kita lupa pada pencipta. Kita lupa bahawa Allah yang memberi rezeki, Allah yang memberi mudarat dan Allah juga memberi manfaat. Dia berkuasa menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada. Dia lah yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu. Sebab itu kita hidup atas bumi Allah yang sementara ini jangan sombong. Ada kereta besar sombong. Ada rumah besar sombong, ada isteri besar sombong, pangkat besar sombong.. jangan tuan2.. sebab semua itu adalah ujian dan semua itu akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.. jadi, apa yang kita ada pada hari, hendaklah kita bersyukur dan apa yang penting adalah kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kalau kita jaga Allah, nescaya Allah lebih2 lagi akan menjaga kita.

Wallahualam.. sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ini bolehlah ditegur. Ini sekadar sedikit persiapan untuk tazkirah saya pada hari esok. Semoga ada manfaat bagi sesiapa yang membacanya. Doakan saya agar sentiasa dapat menulis dan memberi manfaat kepada orang lain.. aminnn
Ustaz kata...

1. Jangan tinggal tahajud. Siang dh sibuk dengan kerja, malam jangan la sibuk dengan tidur. Bagi la masa untuk Allah. Allah dah banyak bagi nikmat pada kita.

2. Dhuha pun jangan lupa. Bukan lama pun. 5 minit je. Niat ikut sunnah, insyaAllah Allah permudahkan segala urusan.

3. Jaga solat berjemaah. Tak dapat buat semua, kurang2 dapat 1 waktu berjemaah setiap hari. Latih diri dan istiqamah la. Biar istiqamah yang sedikit daripada buat banyak tapi tidak istiqamah.

4. Jangan lupa mak ayah. Rajin2 tanya khabar. Tu pun dh ckup mengembirakan hati mereka. Bila mak ayah gembira dengan kita, rezeki pun mudah masuk.

5. Yang dah ade suami atau isteri, jaga pasangan elok2. Jangan curang, jangan sakiti pasangan. Pasangan tu anugerah dan amanah dari Allah. Bimbing pasangan untuk sama2 masuk syurga. Dapat keberkatan dalam hidup berumahtangga.

6. Anak tu bekal untuk kita masuk dalam kubur. So, didik la anak2 dengan ilmu agama yg secukupnya. Mudah2 an anak tu nanti menjadi anak soleh dan solehah yg akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk kita nanti.

7. Jaga hubungan sesama manusia. Kita ada tggungjawab dengan jiran, rakan sekerja dan masyarakat di sekeliling. Jangan sakitkan hati orang, jangan tuduh menuduh, jangan mengumpat, jangan mencerca dan seumpamanya. Takut2 nanti amalan kita bocor dekt akhirat nanti. Nauzubillah..

8. Yang ada harta jangan lupa sedekah. Harta tu bukan milik kita. Ada orang lain yang memerlukan. So, jangan kedekut. Allah yang bagi rezeki pada kita. Kalau Allah nak tarik bila2 masa je. Nak dapat keberkatan dalam harta, banyakkan sedekah. InsyaAllah Allah akan lipat kali gandakan sedekah tu nanti. Kalau xcaya boleh acu try..

9. Kita hidup atas dunia ni sementara. Jangan pikir nk kejar harta sangat. Banyakkan amalan yang akan menjadi bekal untuk kita hidup selama lamanya di akhirat nanti. Biar kita hidup susah atas dunia ni, tapi jangan kita hidup susah di akhirat kelak.

Renung2 kan.. selamat beramal