Title:

mobicow

Bekal Kematian

Bila sebut je mati semua orang takut. Bila dengar tentang neraka orang gerun. Bila sebut syurga orang suka nak dengar.  Bagaimana nak masuk syurga kalau belum mati? Soalnya adakah kita sudah bersedia untuk mati? Itulah sebenarnya alasan yang kita sering dengar jika ditanya tentang kematian.

Ramai yang belum bersedia kerana dirasakan amalnya masih belum cukup untuk dibawa ke alam barzah. Bila kita akan bersedia? Tunggu tua? Tunggu badan dah lemah? Tunggu sakit datang menimpa? Ketahuilah bahawa saat itu amat rugi untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi kematian. Di awal usia yang muda ini sepatutnya kita ambil peluang dan kesempatan untuk memperbanyakkan amalan. Di waktu kita sedang sihat, persiapkan diri dengan amalan dan ibadat kepada Allah. Di saat kita mempunyai masa yang banyak ini, buatlah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain. Di saat kita diberi kemewahan dan rezeki yang banyak oleh Allah s.w.t, maka berilah sedikit kepada orang yang memerlukan. Dan ingatlah bahawa kematian akan menimpa kita pada bila-bila masa tanpa diundang. Ia boleh datang saat kita sedang leka, ia juga boleh datang saat kita sedang bergembira. Dan tidak mustahil ia akan datang saat kita sedang beribadah dan mengharap redha Sang Pencipta.

Muhasabahlah diri sentiasa agar kematian kita nanti merupakan kematian yang ditangisi oleh isi alam akibat kebajikan dan amal ibadah yang kita buat dan bukan kematian kita nanti akan disukai oleh semua orang dek kerana perangai jelik dan tingkahlaku kita yang berakhlak mazmumah..

Wallahualam.. sekadar peringatan untuk insan kerdil yang mengharap redha Ilahi

APABILA ALLAH TIDAK PERLUKAN KITA

Kata ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

- Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan
- Allah akan sibukkan kita dengan harta
- Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa

Sama-samalah kita bermuhasabah diri samada kita hidup atas muka bumi Allah ini, Allah suka ke tak pada kita???

Bagaimana cara nk bagi Allah suka pada kita? Kalau kita ada suami/isteri, apa yg kita akan buat untuk bagi suami/isteri kita sayang pada kita? Dah tentu kita kalau sebagai iseri akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti dengar kata suami, masak utk suami, jaga hati suami, hormat suami dan sebagainya. Begitu juga dengan suami. Suami yang baik dan sayang pada isterinya, sudah tentu dia akan tolong isteri buat kerja rumah, tolong di dapur, lemah lembut dengan isteri dan seumpamanya. Tambahan pula dengan yang Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. Untuk mendapatkan kasih sayang dari Allah, kita sebagai hambaNya hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba. Tugas hamba senang je iaitu dengar dan taat. Dengar perintah Allah dan laksanakan. Dengar larangan Allah dan tinggalkan. Mudah kan?

Jadi, marilah kita sama-sama berusaha agar kita hidup di dunia ini mendapat rahmat Allah dan Allah suka pada kita.