Title:

mobicow

KELEBIHAN SOLAT SUNAT SUBUH


Tanggung + Jawab

Hidup di dunia yang sementara ini penuh dengan cabaran dan ujian. Setiap masa manusia akan diuji oleh Allah S.W.T tidak kira siapa dia sekalipun. Samada dia seorang guru, ustaz, doktor, usahawan, artis, peguam, arkitek, tukang kebun, penternak, peminta sedekah dan sebagainya. Maka, bila namanya adalah manusia, tidak dapat tidak akan diuji oleh Allah S.W.T.

Melalui ujian ini, manusia akan sedar tentang kehidupan yang mereka tempuhi sekarang sebenarnya adalah sementara. Manusia sebenarnya lemah dan tidak berupaya melakukan sesuatu pun tanpa izin dari Allah. Setiap apa yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadi, semua yang bernama manusia harus berjaga2 dan berwaspada dengan tipu daya dunia yang hanya dilihat sebagai pemuas nafsu semata2. Bila tiba masanya, kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita lalui di atas muka bumi Allah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi yang bermaksud;
"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang umurnya pada perkara apakah dia habiskan, tentang ilmunya unuk apakah dia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah dia dapati dan pada perkara apakah dia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah dia susutkan kemudia dan kecergasan.."

Apabila semua manusia disoal oleh tuhan Yang Maha Adil, maka suratan amal manusia akan diberikan kepada tangan masing2. Setelah mereka dapati suratan amal tersebut, maka timbullah daripada orang2 yang bersalah yang tidak bertaubat, perasaanya yang gelisah, takut kepada akibat kesalahan yang tertulis di dalam buku amalnya. Buka amal ini ada yang diberikan ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kiri tuannya. Sesiapa yang diberi ke tangan kanannya, maka berbesar hati dan berbangga dengan demikian itu sehingga dia menyeru orang lain supaya membacanya.

Maka dengan sebab itu, marilah kita sama2 berusaha untuk menjadikan buku amal kita nanti diberi ke tangan kanan kita sendiri. Segala yang dipertanggungjawabkan kepada kita hendaklah kita tanggung di dunia dan standby untuk jawab di hadapan Allah S.W.T kelak.


HUKUM BERSALAM/BERJABAT TANGAN

Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.

Di samping adanya beberapa fatwa meragukan dari tokoh-tokoh tertentu masakini yang mengharuskan bersalaman di antara lelaki dan wanita ajnabiyah (bukan mahram) dalam keadaan tertentu. Ini adalah sebagaimana yang diutarakan dan ditunjukkan antaranya oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandukan beberapa tafsiran dan takwilan yang dikemukakannya. Apa pun, fatwa beliau tersebut wajar ditinggalkan dengan mendahulukan apa yang telah jelas dan bebas dari syubhat sebagaimana ditunjukkan oleh akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya sebagaimana dalil-dalil yang bakal dikemukakan.

Dalil pertama

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Dalil Kedua

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Sahih: Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah pengambilan dalil dari hadis ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah,

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.” (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan,

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan,

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu mungkin ada yang ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi atau berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/206)

Dalil ketiga

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang bukan mahram baginya walaupun dalam perlaksanaan proses bai’at. Secara umumnya tuntutan proses ini berlaku dengan cara bersalaman, iaitu apabila dilakukan di antara Nabi dengan para sahabat lelaki yang lain.

Umaimah Binti Ruqaiqah menyatakan,

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة

“Aku pernah pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beberapa orang wanita untuk melakukan bai’at (perjanjian taat setia) kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Sahih: Hadis Riwayat Ahmad)

Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata, “Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.” Dengan itu, demi untuk mencontohi (mengikuti) beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah... dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah kerana bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’ah, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir).” (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari apabila ada keperluan, dan suaranya tidak termasuk aurat (apabila tidak berlebih-lebihan – pent.). Menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana apabila tiada wanita yang boleh melakukannya. Maka pada ketika itu lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya atas faktor keterpaksaan tertentu.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/10)

Beliau juga berkata, “Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan (terdapat perintah menundukkan pandangan – pent.), sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat.” (Imam an-Nawawi, Raudhatut Thalibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)

Demikianlah antara dalil-dalil utama dan penegasan para ulama ahlus Sunnah wal-jama’ah dalam persoalan hukum bersentuhan kulit (termasuk bersalaman) di antara lelaki dengan wanita bukan mahram yang disengajakan. Sama ada berlapik atau bersarung tangan, maka ia tetap terlarang. Tidak pernah pula dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Walau bagaimanapun, bersalaman atau bersentuhan di antara suami dengan isteri adalah dibenarkan walaupun dalam keadaan berwudhu’ dan tidak terbatal wudhu’ mereka. Semoga kita selaku umat Islam diberikan kemudahan untuk memahami persoalan ini dengan baik. Sekiranya bersalaman dan bersentuhan pun termasuk perkara yang terlarang, fikirkanlah yang melampau dari itu! Wallahu ‘alam.

TAWAKAL

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata:
"Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal".


Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T.

Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Imam Ali pernah berkata:
"Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba kepada Allah, bergantung pada kadar kepercayaannya kepada Allah S.W.T"


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal".
(Ali Imran: 160).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal".
(At Taubah: 51).

Muhasabah Diri

Mata belum mengantuk lagi. Jam pun dh menunjukkan pukul 2 pg. Sambil2 nk lelap mata ni, terasa nk menulis kt cni.

Elok sebelum tidur kita muhasabah diri. Apa yg dah kita buat seharian pd hari ini. Solat kita, ibadah kita, apa yg kita makan, apa yg kita telah ucapkan. Semua itu perlu kita nilai semula. Cukupkah waktu kita solat hari ini atau ada solat yang tertinggal? Kalau solat penuh pun, adakah kita solat di awal waktu? Dari segi percakapan pula adakah kita ada menyakiti sesiapa? Makanan pula samada halal, syubhah ataupun haram? Pernahkah kita nilai itu semua?? Kalau xpernah, marilah sama2 kita pernahkan diri kita utk bermuhasabah setiap hari sebelum kita tidur, kerana dgn muhasabah ini hidup kita akan sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T.  Saidina Ali telah berpesan agar kita hisab diri kita dahulu sebelum kita dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

Sebagai manusia kita tidak dpt lari dr melakukan kesilapan dan dosa. Jadi, nabi ajar kita supaya apabila kita melakukan dosa, kita mohon ampun dr Allah. Kerna sesungguhnya pintu keampunan dari Allah sentiasa terbuka buat hamba2nya. Mudah2 an dgn kita memohon ampun dr Allah, kita akan diangkat utk memasuki syurga yang paling nikmat diakhirat kelak.. insyaAllah

BERHENTI BUKAN BERMAKNA MENGALAH

Genap setahun aku berniaga. Banyak jg pgalamn pahit dan manis yg tlh ak tempuh.. tapi betul kata org. Bkn sng nk berniaga ni. Tambahan pulk org mcm aku yg br berjink2 dlm bidang perniagaan ni. Aku bermula dgn modal yg agk besar untuk membuka kdi pakaian. Sebagai seorg kakitgn kerajaan, jln pintas ak ambik ialah dgn buat loan dr bank. Wife ak la yg brtffungjwb dlm mngndalikn kdi kitorg.. wife ak mula beli baju2 kurung, tudung, blouse2 dan brooch untuk dimuatkn dlm kdi yg ktorg sewa di masai, johor. Dengn keluasan 20x10, kitorg pn msukkn la brg2 apa yg perlu.. mmg pnt giler waktu mula2 nk setup kdi tu. Tp, mjur aku ada knl dgn sorg cina ni. Dia berniaga di kwsn tu dh msuk 10 tahun. Otai la kt situ. Die la yg byk beri tnjuk ajr pd aku utk mula2 setup kdi.

Dipendekkan cerita, kitorg berniaga tu dh nk dekt dgn raya sbnrnya, jd mmg masyukk la.. tp nk masyuk tu bkn senang mcm korg bayangkan. Byk bnda yg ak terpaksa korbankan. Kena pulak waktu tu bulan puasa. Terpaksa bwk ank g kdi. Berbuka dlm kdi. Smbhyg terawih pn terpksa buat sdiri dekt rumh lps ttup kdi. Mmg sedih btol waktu tu. Tp berniaga pnya psl, mmg 2 la ak kne tempuh. tp skjp jek. Lepas ry sale dh kurg. Kitorg terpksa stop berniaga sementara psl nk byr sewa pn xlps. Sewa dh la 2.5k sebuln.. gaji pekerja lg. (Waktu tu ak dh pki pkerja) So, nk xnk terpaksa keluar dr tpt tu then cari tpt berniaga yg lain.

Xspi seminggu ak keluar dr tpt lama tu, ak dpt tpk br di tempt shoping yg agak glamor di johor bahru. Sewa pn agk rendh. Jd ak ambik kptusan utk berniaga di situ. Bulan pertama tu mmg slow sket. Biasalah psl kita br kt situ. Jd org xknl.. msuk bln kedua, ketiga dan seterusnya. Sale mkin meningkt. Syukur, alhamdulillah.. ak rse hidup aku seng sket time tu. Tp kesengn ak xlama. Bulan puasa tiba lg. Aku dn wife g cari baju2 utk keperluan raya. Byk la baju kurung kitorg borong.. dekt 14k kitorg habis. Kne pulak ms tu sewa drpd 1.5k sebuln dh naik jd 4k.. mmg terkejut beruk ak dgr. Mula2 mcm dh nk tarik diri. Tp mengenangkn raya punya psl, ak berthn jgk.. mula2 lps restock baju2 kurung dlm kdi, sale bulan tu mmg trok.. ak terpaksa keluar duit sdiri utk byr sewa. Mbe aku pikir sbb org bukn dlm mood shoping ry. Tp bila dh start bulan puasa ak tgk sale pn mcm tu.. dlm hati ak ckp mmg kitorg kne redha jek la. Nk buat apa lg. Brg dh beli. Duit pn dh byk abih..

Btol apa yg aku jgkakan. Spi la ke hujung bulan puasa, mlm raya, sale mmg sgt2 kurg.. termenung ak. Brg byk lg ni. Nk sewa untuk buln depn pn xlps. Org len sibuk2 blk kampung ak msih di kdi konon2nya nk lelong la baju2 tu semua psl mlm ry. Rpenya, mlm ry org pn dh xde nk shoping.. sedih gile time tu. So, dgn perasaan hiba ak buat kptusn untuk mengemas semua brg2 ak. So, genap setahun kitorg berniaga, maka secara rasminya ttuplah kdi kitorg pada mlm raya pertama thun 2014 br2 ni.

Ni la serba sedikit pglmn ak berniaga. Mls aku nk tlis pnjg2, pwl ak byk keje lg nk buat. Hihi.. berniaga ni bkn sng seperti yg dijangka. Nasihat ak bg sesapa yg nk berniaga cari la ilmu berniaga dl. Pglmn pn pnting.. nk cari pglmn, korg kne try dl. Klu xtry, korg xkn tau.. tp jauh di sudut hati ak, ak akn berniaga lg 1 hari nnt. Sbb berniaga ni merupakan 9/10 dr sumber rezeki. Yg ptg lps ni kne plan btol2 dn kena yakin yg rezeki tu dtgnya dr Allah. Jika Allah nk bg kita berjaya, Dia akan bagi. Tp jika Allah xnk bg kita berjaya, kita usaha lah mcm mana pun, tanpa izin drNya, kita belum akan berjaya. Ak berhenti berniaga ni bkn bermaksud aku sudah mengalah tp bg masa utk plan cara lain yg lagi baik utk aku mulakan sml perniagaan ak.. semoga aku berjaya 1 hari nnt.. aaminnn

Copy paste dr blog Us. Fauwaz 

Sekadar perkongsian bersama

Penjelasan perlaksanaan Hudud

Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam. Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan . Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah. Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang. Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas. Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadanr kes jenayah. Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik.