Title:

mobicow


BERAPA RAMAI YG SEDAR 
AKAN PERKARA INI???







Isu Agama Yang Dipandang Remeh Oleh Masyarakat 


Kaum Adam:
  1. Pakai seluar pendek ketika keluar dari rumah
  2. Pakai rantai dan gelang
  3. Pakai seluar tapi nampak lurah punggung
  4. Makan jajan sambil berjalan
  5. Pegang tangan girlfriend.. Konon2 nk lintas jalan
  6. Pakai jersi yang ada lambang syaitan
  7. Kaler rambut bkn dgn inai
  8. Pakai seluar panjang tp lutut berlubang
  9. Bertindik
  10.
  11.


Kaum Hawa:
  1. Pakai tudung tapi dedah dada
  2. Pakai baju tapi jarang dan ketat
  3. Kaler rambut bkn dgn inai.. (trend katenye)
  4. Pakai baju kurung tp xpki plak tdung
  5. Pakaian dah ok tp stoking lak xpki
  6. Keluar naik motor dgn boyfriend
  7. letak gmbr2 yg xtutup aurat dlm fb
  8. keluar rumah dengan wangian yg melampau.. (bagi yg dh kawen)
  9.
  10.
  11.

p/s : akan di update dr semasa ke semasa

Aku Rindu Padamu Rasulullah


MALAM LAILATUL QADAR


Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah


Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." ; (Surah Al-Isra' ayat 23) 

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." ; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. 

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.








PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

Definisi Personaliti:

Menurut Perspektif Islam:
- merujuk kpd perkataan arab iaitu sahsiah atau akhlak
- membawa maksud budi pekerti, tingkah laku, perangai dan adat kebiasaan
- terbahagi kpd 2 iaitu akhlak baik dan akhlak buruk

Lain2 makna:
- sifat-sifat yg ada pada seseorang seperti cara dia berfikir, berpersepsi, beremosi dan lain2 yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.
- kamus dewan : keperibadian dan perwatakan
- keperibadian, tingkahlaku, perangai atau perwatakan seseorang yang terhasil daripada faktor dalaman dan luaran individu (jasmani dan rohani) yang secara umumnya memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi, kognitif seseorang individu sehingga dpt menampilkan ciri2 keperibadian tersendiri yg boleh membezakan drpd orang lain.

Jenis2 Personaliti:
  1. al-mukminun
  2. al-kafirun
  3. orang munafik


Gagasan Personaliti Al-Ghazali

Terbahagi kepada 4 bahagian :
      1. al-qalb (hati)
      2. al-ruh (roh)
      3. al-nafs (nafsu)
      4. al-aql (akal)

1. al-qalb mempunyai 2 pengertian iaitu:
- segumpal daging yg berbentuk bulat panjang dan terletak di sebelah dada manusia atau dikenali juga dengan hati jasmani.
- bersifat ketuhanan (rabbaniyah) dan ruhaniyyah atau dikenali juga dengan hati rohani. hati ini berupaya mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab terhadap segala perintah dan larangan Allah SWT.

2. al-ruh mempunyai 2 pengertian :
- suatu jisim halus yang bersumberkan dari rongga hati jasmani. Roh disebarkan ke seluruh tubuh badan dengan perantaraan urat-urat dan otot
- suatu sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu

3. al-nafs mempunyai 2 pengertian :
- jiwa yang merangkumi kekuatan marah dan syahwat dalam diri manusia. merupakan punca sifat tercela bagi manusia.
- hakikat manusia itu sendiri atau zatnya. terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:

nafs al-mutmainnah:
- jiwa yang tenang
- jiwa yang baik
- jiwa yang bersifat ketenangan, kemuliaan dan ketinggian kemuliaan

nafs al-lawwamah:
- jiwa penyesalan
- jiwa yang mencela manusia yang lalai dari mengingati Allah
- jiwa yang tidak mencapai ketenangan sepenuhnya
- jiwa yang tidak tetap (kjp baik, kjp jahat) -tengah2

nafs al-ammarah:
- jiwa yang jahat
- menuntut individu  buat jahat dengan hasutan syaitan
- satu bentuk dorongan yang mengarah kpd tindakan dan tingkah laku melanggar etika2 yg mulia
- berpengaruh ke atas tingkahlaku bertujuan memuaskan nafsu syahwat

4. al-aql terbahagi kepada 2 pengertian:
- merupakan daya berfikir yang berkaitan dengan kebolehan mengetahui sesuatu perkara. satu tenaga yang menilai tentang sesuatu perkara yang baik dan buruk
- merupakan sesuatu yang bersifat dalaman, halus dan indah. berperanan dalam pembentukan persoanaliti manusia. merupakan intipati atau hakikat kpd jiwa.


Pembentukan Personaliti Yang Baik Menurut al-Ghazali

Tazkiyyah Al-Nafs iaitu melatih jiwa menuju ke arah kebaikan melalui :
  1. Mujahadah al-nafs (al-takhalli)
  2. Riyadah al-nafs (al-tahlli)


1. Mujahadah al-nafs:
- berusaha melawan nafsu atau menghapuskannya
- menghapuskan sifat-sifat mazmumah

2. Riyadah al-nafs :
- melatih jiwa menuju ke arah kebaikan secara beransur2
- pengaplikasian sifat2 mahmudah dalam diri



Rujukan dari kitab : Personaliti Dari Perspektif al-Ghazali karangan Dr. Fariza Md Sham, 
Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi


Keistimewaan Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Konsep pembentukan personaliti yang baik menurut al-ghazali

1. Personaliti individu dapat diperbaiki dengan usaha dan latihan jiwa yang sesuai
2. Mendidik hati supaya mempunyai kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat dan tingkah laku individu
3. Personaliti individu itu hendaklah dibaiki dengan latihan dan usaha yang sungguh-sungguh (mujahadah)

Terdapat 4 golongan yang dianggap mempunyai personaliti yang rosak atau tidak baik:

1. Golongan individu yang lalai. Golongan ini mudah utk diubati
2. Golongan individu yang tahu tentang keburukan tetapi xsanggup utk buat kebaikan. Golongan ini lebih sukar utk diubati dr gol yang pertama.
3. Golongan individu yang yakin bhw kejahatan dan akhlak yg keji itu merupakan satu kebaikan dlm hidupnya. Gol ini sukar diubati dr gol yg pertama dan kedua
4. Golongan individu yg sejak kecil berkembang di dalam keyakinan yang salah. Gol ini merupakan gol yang paling sukar utk diperbaiki.