Title:

mobicow

Bekal Kematian

Bila sebut je mati semua orang takut. Bila dengar tentang neraka orang gerun. Bila sebut syurga orang suka nak dengar.  Bagaimana nak masuk syurga kalau belum mati? Soalnya adakah kita sudah bersedia untuk mati? Itulah sebenarnya alasan yang kita sering dengar jika ditanya tentang kematian.

Ramai yang belum bersedia kerana dirasakan amalnya masih belum cukup untuk dibawa ke alam barzah. Bila kita akan bersedia? Tunggu tua? Tunggu badan dah lemah? Tunggu sakit datang menimpa? Ketahuilah bahawa saat itu amat rugi untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi kematian. Di awal usia yang muda ini sepatutnya kita ambil peluang dan kesempatan untuk memperbanyakkan amalan. Di waktu kita sedang sihat, persiapkan diri dengan amalan dan ibadat kepada Allah. Di saat kita mempunyai masa yang banyak ini, buatlah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain. Di saat kita diberi kemewahan dan rezeki yang banyak oleh Allah s.w.t, maka berilah sedikit kepada orang yang memerlukan. Dan ingatlah bahawa kematian akan menimpa kita pada bila-bila masa tanpa diundang. Ia boleh datang saat kita sedang leka, ia juga boleh datang saat kita sedang bergembira. Dan tidak mustahil ia akan datang saat kita sedang beribadah dan mengharap redha Sang Pencipta.

Muhasabahlah diri sentiasa agar kematian kita nanti merupakan kematian yang ditangisi oleh isi alam akibat kebajikan dan amal ibadah yang kita buat dan bukan kematian kita nanti akan disukai oleh semua orang dek kerana perangai jelik dan tingkahlaku kita yang berakhlak mazmumah..

Wallahualam.. sekadar peringatan untuk insan kerdil yang mengharap redha Ilahi

No comments:

Post a Comment