Title:

mobicow

BERSEDEKAHLAH

Ketika  seorang yang telah sampai saat kematian, ia minta ditangguhkan kematian agar dapat bersedekah...

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ  يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰٓى اَجَلٍ  قَرِيْبٍ ۙ  فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".
(Al-Munafiqun: 10)

Ramai manusia kufur setelah diberi nikmat...

وَاِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِى الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُوْنَ اِلَّاۤ اِيَّاهُ   ۚ  فَلَمَّا نَجّٰٮكُمْ اِلَى الْبَرِّ اَعْرَضْتُمْ    ؕ  وَكَانَ الْاِنْسَانُ كَفُوْرًا

"Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)."
(Al-Isra': 67)

Hebatnya sedekah...

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ قَبْلَ أَنْ تَمُوتُوا وَبَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ الصَّالِحَةِ قَبْلَ أَنْ تُشْغَلُوا وَصِلُوا الَّذِي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رَبِّكُمْ بِكَثْرَةِ ذِكْرِكُمْ لَهُ وَكَثْرَةِ الصَّدَقَةِ فِي السِّرِّ وَالْعَلَانِيَةِ تُرْزَقُوا وَتُنْصَرُوا وَتُجْبَرُوا

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami, beliau mengatakan: Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati, bersegeralah beramal soleh sebelum kamu sibuk, dan sambunglah antara kamu dengan Rabb kamu dengan memperbanyak zikir kepadaNya, banyak sedekah dengan sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan. Nescaya kamu akan diberi rezeki, dibantu dan dicukupi.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Dari 'Ubaidallah bin 'Uqbah bahwa Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan.

Jangan diungkit setiap pemberian sedekah kita...

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُبْطِلُوْا صَدَقٰتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذٰى

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti,."
(Al-Baqarah:264)

Sumber : Dakwah Terminal

2 comments:

  1. Saya tertarik dengan satu hadis yang bermaksud lebih kurang begini." Tidak akan jatuh miskin atau papa kepada mereka yang suka bersedekah".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tuan. Hadis riwayat muslim.. tapi brpe ramai yang takut untuk bersedekah sedangkan Nabi dah janji yang sedekah itu tidak akan mengurangkan sedikitpun harta..

      Delete